Tuesday, April 13, 2010

Apakah itu Natural Farming?


Natural Farming adalah salah satu daripada kaedah pengeluaran bagi menghasilkan tanaman makanan secara organik. Sistem Natural Farming ini telah lama diamalkan di Korea, Jepun dan beberapa Negara - Negara Asia yang lain.

Secara asasnya, Natural Farming menggunakan segala bahan – bahan yang dikurniakan alam yang akan dikitar semula untuk dijadikan baja serta lain – lain input pertanian. Didalam Natural Farming, tiada apa yang akan dibazirkan kerana setiap bahan – bahan yang terdapat disekeliling kita akan digunakan semula. Semuanya mempunyai fungsinya yang tersendiri didalam Natural Farming.

Melalui kaedah Natural Farming ini, lebih separuh daripada kos ladang dapat dikurangkan terutama sekali kos pembelian baja dan juga racun kimia.

Bagi mereka yang berminat dalam bidang pertanian secara hobi, anda dengan mudah boleh mengaplikasikan konsep Natural Farming dengan hanya menggunakan bahan – bahan yang memang ada di dapur anda dan anda juga boleh mengitar semula bahan – bahan buangan organik untuk dijadikan baja dan kompos. Hasilnya, bunga – bunga dan tumbuhan – tumbuhan sekeliling rumah yang amat menarik, sihat dan memberikan hasil yang amat tinggi.

Pelajari juga bagaimana setiap bahan – bahan yang terdapat disekeliling kita (kecuali plastic) boleh dikitar semulakan sebagai input kepada Natural Farming. Malahan suratkhabar lama juga boleh digunakan sebagai baja didalam Natural Farming.

Qadhijah Natural Farm
www.organikmalaysia.com.my
www.naturalfarming.com.my

No comments:

Post a Comment