Wednesday, April 14, 2010

Pokok apa ni?



Pokok apa ni? Tebu ke jagung? kalau jagung kenapa merah-merah? Sebenarnya ni jagung baka baru... benihnya di import dari China sebagai percubaan. nak tengok kualitinya camna... lagi 3 minggu InsyaAllah boleh kita rasa jagung baru ni


Qadhijah Natural Farm
www.organikmalaysia.com.my
www.naturalfarming.com.my

Tuesday, April 13, 2010

Hujan?


Saya pernah baca sebuah manual tulisan seorang pengamal Natural Farming yang amat terkenal di Korea.

Dalam satu bahagian tu beliau ada tulis mengenai pelindung hujan yang biasa digunakan dalam pertanian konvensional. Didalam Natural farming, kami TIDAK langsung menggunakan pelindung hujan. Semua tanaman kami adalah terbuka.

Mengikut logik beliau, tuhan mengurniakan hujan semata - mata untuk menyuburkan tanah dan menghidupkan tumbuhan.

Saya rasa amat malanglah apabila seorang berbangsa Korea yang tiada pegangan agama boleh berfikir sedemikian tetapi kebanyakan dari kita yang beragama tidak sedar akan kurniaan Allah yang maha agung ini.

Malah didalam Al - Quran sendiri ada banyak dinyatakan mengenai kaitan hujan dan tanaman.

Inilah istimewanya Natural Farming. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kami menggunakan sepenuhnya kurniaan Allah dan segala mengenai Natural Farming adalah amat mudah. Tidak perlu bersusah payah. Yang pentingnya, kita kembali ke alam semulajadi.

"Sesungguhnya tetang ciptaan langit dan bumi, pertukaran malam dan siang, kapal yang berlayar dilautan yang memberi manfaat kepada manusia, air (hujan) yang diturunkan Allah dari langit, lalu dihidupkanNya (kerana hujan itu) bumi yang sudah mati dan berkeliaranlah berbagai bangsa binatang dan perkisaran angin dan awan disuruh bekerja diantara langit dan bumi, sesungguhnya semua itu menjadi bukti kebenaran untuk orang - orang yang berfikir.

- Al Baqarah, 164

Qadhijah Natural Farm
www.organikmalaysia.com.my
www.naturalfarming.com.my

Apakah itu Natural Farming?


Natural Farming adalah salah satu daripada kaedah pengeluaran bagi menghasilkan tanaman makanan secara organik. Sistem Natural Farming ini telah lama diamalkan di Korea, Jepun dan beberapa Negara - Negara Asia yang lain.

Secara asasnya, Natural Farming menggunakan segala bahan – bahan yang dikurniakan alam yang akan dikitar semula untuk dijadikan baja serta lain – lain input pertanian. Didalam Natural Farming, tiada apa yang akan dibazirkan kerana setiap bahan – bahan yang terdapat disekeliling kita akan digunakan semula. Semuanya mempunyai fungsinya yang tersendiri didalam Natural Farming.

Melalui kaedah Natural Farming ini, lebih separuh daripada kos ladang dapat dikurangkan terutama sekali kos pembelian baja dan juga racun kimia.

Bagi mereka yang berminat dalam bidang pertanian secara hobi, anda dengan mudah boleh mengaplikasikan konsep Natural Farming dengan hanya menggunakan bahan – bahan yang memang ada di dapur anda dan anda juga boleh mengitar semula bahan – bahan buangan organik untuk dijadikan baja dan kompos. Hasilnya, bunga – bunga dan tumbuhan – tumbuhan sekeliling rumah yang amat menarik, sihat dan memberikan hasil yang amat tinggi.

Pelajari juga bagaimana setiap bahan – bahan yang terdapat disekeliling kita (kecuali plastic) boleh dikitar semulakan sebagai input kepada Natural Farming. Malahan suratkhabar lama juga boleh digunakan sebagai baja didalam Natural Farming.

Qadhijah Natural Farm
www.organikmalaysia.com.my
www.naturalfarming.com.my

Pembukaan Kedai Qadhijah Natural Farm - 1hb April 2010



Pada 1 April yang lalu, Kedai Qadhijah Natural Farm telah dibuka secara rasminya di pekan Parit Buntar, Perak.

Terdapat pelbagai barangan berkonsepkan pertanian dan Natural Farming ada dijual disini seperti Sayuran dan buahan Organik, Biji Benih, anak pokok, baja organik, racun organik dan lain - lain.

Risalah - risalah dan buku - buku rujukan juga ada di kedai kami untuk anda pelajari segalanya mengenai macam - macam jenis tanaman.

Jemputlah semua terutama yang berdekatan tu ke kedai Qadhijah Natural Farm.




Qadhijah Natural Farm
www.organikmalaysia.com.my
www.naturalfarming.com.my